Tuesday, July 13, 2010

Haiii...

Rindu kalian semua...tunggu lah kemunculan ku semula yer pas ni. jangan x sabar na..harus bersabar!!!TUNGGUUUUU...

Thursday, April 22, 2010

alahai...awat jd gu tu?

eeeeeeeeeeee...uweksss5x
nak termuntah pun ade aku nih..hampir2 dah x sat ni. mujuq la under control lagi. kalian nak tau ka pasai pa???ishhhh,patut ka aku cite kat lam ni hah???xpela.aku nak cita jugak...
baru 15minit yg lalu aku pi la toilet kat luar tu..dalam tu aku jumpa 2 org staff yg same opis ngan aku. sorang malay dan sorang g non malay...ada aku kesah??x kesah la kan. itu toilet awam bukan toilet bapak aku punyer!!!sapa2 nak masuk pun ikut ske laa..tp, yang aku kesahkan..bila aku nak masuk lam salah 1 toilet tu iaitu yg tengah tu...MAK AIIIIII.TULUN HAMBA....UWEEEEKKKKKSSSS!!!!!!eeeeeeeeei yerkkkk!!!!dah la kotoq.ade kesan t**k yg ditinggalkan disitu..aku ingatkan bersih lah mula2 tu.sbb makcik tu baru jek cuci. tut..tut...eeeee,x senonoh betol laaaa.sapa la punye kija ekkk! tp,aku rasa aku tau sapa...sebab ade tingal bau badan dia kat dalam tu...patutla masa aku masuk lam toilet tu td dia cpt2 jer nak kuar..rupa2nya dia ade tinggal barang dia punyer kat dalam tu....eeeee, x sanggup aku!apalah punyer org????x tahu jg kebersihan ka??? hello,tak baik la buat gu tu. kalu kat umah nak buat gena pun x pala. tu umah u. kalu kat opis ni plak x ble laaaa cam tu. tu tandas bersama. kenalah bertanggungjawap atas apa yg awak buang tu...jgn bg org lain sama2 merasa terseksa atas perbuatan u tu.....ada pahammmmmm???hadoooiiiiii..meloya aku...
p/s : plzzzzzz...keep clean la.tu toilet bersama..kalu nak wat kotoq2.bawak mai tandas sendiri dari umah k!

ayu nye hari ni..

hai..salam kengkawan suma..apa kabar?semoga bahagia selalu yer dihari jumaat ni.lama aku x update blog aku ni.tah!cam xdak mood jer nak buat entry baru.mmm..g pun xdak idea.hari ni rase cam ade mood sket.ble la kot...

mmm...cam pelik jer kan tajuk entry aku re ni.awat tetiba jer ade perkataan ayu???haaa..sbb nye aku tgk someone kat opis ni ayu jerk re ni.segak...ngan baju kebaya singkat berkain batik g. kala...woowwww,ijau pucuk pisang.cantekkkk la kirenye..mm, harap2 bila dah pakai lawa2 tu ade la semangat dia nak wat kije yer!!!jgn la dok aSyik ponteng lak.sesuka ati nak kuar masuk opis. x cun la gtu.pakai baju sume dah elok, mai tang prestasi kije x elok lak!!!mmg x cun laaa.biaq la seimbang kan!luaq dan dalam...baru org len pun ske...baru org len pun tertawan ngan keanggunan awak tu...ni pantun khas ni.pandai aku cipta pantun nie kan????hahaha.puji diri sendiri...tp,btoi pa.OK WAT?baca jgn x baca yer...

BERKAIN BATIK BERBAJU KEBAYA
KALE IJAU PUCUK PISANG LAGI
SEMAKIN HARI WOW SEMAKIN BERGAYA
MESTI LAGI SAYANGGG LA DEK TUAN AJI

k,semoga jumpa lagi di entry yg akan datang!!!daaaa.....

Sunday, April 11, 2010

~kuning ijau or merah....sama saja~

BERUNTUNG N BERTUAH benar la kan kalu ble kija ka satu opis nih...sbbNYE..

Mai pi la kija pukoi brp pun buleh. SESUKE HATI. SESEDAP RASA. hanya dengan alasan umah jauh, dok jauh ble mai lambat, selambat2 nye. AKU PUN NAK . BEST APE? kalau la dengan hanya bg alasan yg macam tu, lambat dalam 1/2 or 1 jam ka tak pa la jugak! ble laa diterima akal. Ni idak, lambatnya hampir setengah hari. dah tu bukan SEHARI DUA, tapi HAMPIR TIAP2 HARI CAMTU. Baik x payah mai la "ENCIK"!!! dok jer umah. bertuah badan encik, dapat jadi staff kat opis ni yer..xpe...bosS pun bek ati. TERAMATTTTTT MEMAHAMI..."xpe lambat pun janji mai, janji ade kat pejabat".. Tapi, kalu mai pun kija x buat, no point jugak!!hari2 dok selak sebijik fail jer. nmpk cam sibok benar...eeeeeeeeeeee, sakitnye mata. ati tak yah cakap laaaaa....aaaaaaaaaaiiii, yg paling x leh terima tu, muka sekupang!!raseNYE sekupang pun ade guna jugak!mmg berguna. sbb xdak sekupang x cukup 1 juta!!TP,YANG SATU INI?? AMPEHHH!! bagi saja pun x mauu.nggak bisa dong..ada sapa2 nak tak???aku nak lelong!ishhhh x yah lelong la....aku bg saja....sapa2 nak bilang sama aku ya!!! daaaa...

Friday, April 9, 2010

cute mute..

Aku suka la tgk budak ni...(suka tgk je naa, bukan suka kat dia..)jgn nak salah paham plak!!ishhh, comel laa..actually, aku ni x la berkenan kat org yang kulit putis2 ni. sbb ntah. nampak cam x macho jerk. dok berkenan jugak kat org kulit itam manis. sbb laki aku pun kulit itam manis gak! macho tue en. hisham...hehee. (itu aku yang kata. perasan lak laki aku kalau dia baca post aku nih..Yer la sapa lagi kan yg nak puji kalu bukan wife kesayangan dia yang sorang nih).hhehe..itam manis jugak taste aku. org len aku x tau la plak taste depa lagu mana??..terpulang pada kala kesukaan masing2 la kan. Tepuk dada tanya selera lah no!!!.Haa, berbalik kepada cerita budak tadi tu..mmg cute la. kulit putis, mata coklat (org cakap mata pasak), rambut dia mmg smart abih...ape lagi ek??senyum pun ble tahan gak!hahaa..pendek kata semua o.k lah.ensem...seminggu ada la dlm 2,3 kali gak ble tgk dia...kalu kena turn dia la mai sini. tp..kalu x tgk pun x pe. ada aku kesah?eeee..aku x kesah pun..aku suke tgk jer. kalu aku dok minat kat dia kot la...bila tak tgk ble naik angau...hahaa..lagi pun aku anggap cam adik aku jer..hmmm..mmg adik!!

Wednesday, April 7, 2010

Kuasa Tuhan...

Sedih plak rasa hari ni...
Pagi2 lagi aku dah dapat berita yang mak saudara aku kehilangan insan tersayang. Makcik aku telah kehilangan seorang lagi baby yang dijangka lahir pada hujung bulan Ogos nnti..makcik aku melahirkan baby tu normal awal pg td, cuma baby tu x dapat diselamatkan sbb baru 5 bulan usia kandungannya..termasuk yang ni dah 3 kali makcik aku keguguran. Dua yang terdahulu baby girl, masing2 4 bln dengan 6 bulan. yang kali ni plak baby boy, 5 bulan. ..hmm,sedih kannn...aku dapat merasai bagaimana perasaan makcik aku n famili dia. Walaupun arwah baby tu blm sempat dijaga dan diasuh tp, dia sempat tumpang berteduh di dalam perut ibunya kan??huuhuu. sedihnye laaa..tapi, nak buat camana?? semua tu telah ditetapkan oleh DIA Yang Maha Esa. Kita hanya merancang Dia yang menentukan segala2nya..Mungkin ada hikmah disebaliknya. DIA yang lebih tahu..

~Untuk makcik~
Bersabarlah banyak2..mungkin ada himahnya disebalik semua ini..mungkin sudah ditakdirkan untuk kita hambaNya, ini yang terbaik..alhamdulillah, ketiga2 kehilangan tu, menunggu makcik dan pakcik di syurga..Ketiga2 nya ahli syurga..Berbahagialah bersama2 dengan 3 lagi cahaya mata makcik yang comel2 dan sihat disamping suami tercinta. Seandainya, masih ade rezki untuk makcik melahirkan zuriat suatu hari nanti, itu juga takdirNya...
SALAM....
Pg ni aku x berapa nak ada mood la nak buat kija. mm,sbb x cukup tido. Kepala pun cam bengong jer pagi ni. Mata ni x yah nak cakap la. Mmg x larat nak angkat..layu semacam jer..sebenaqnya suma ni berlaku bukan pasai apa, anak aku Muhammad Hafidz Danial bin Nor Hisham tu kurang sihat. Dia demam pas g inject kemarin kat klinik kesihatan kangar..tu inject yang last sekali tu sbb umo dia pun dah cukup 1 tahun 6 bulan. Aku ingat x pala. sbb sblm ni dok inject x pernah demam. May be kali ni mmg nak uji kesabaran aku jaga dia kot!!paham2 jer la budak2 nih kalu demam mmg merengek laa. Smlm jugak sblm tido, dia asyik nangis ja.mau taknya bdn dia panas. Pastu muntah lagi. Aku pun sempat lena dalam 2 jam jer, sbb pastu dia jaga dan terus berjaga sampai koi 5 pg. Tak nak lena. Nak main jer. Kejap dia main kipas. Kejap dia main hp aku..peningnye kepala aku..nak tak nak kena la gak bagi dia lena kat luar. atas "ndoi". Baru la dia mau lena...alhamdulillah. aku pun baru la leh lelapkan mata kejap!jadilah!..ati berbelah bagi plak ni nak pi opis ke tak????tp..memandangakn aku rs cam o.k jer. aku buat keputusan nak g opis lah. Baby Danial pun dah ok skit. Doa aku moga2 anak aku cpt sembuh la..bleh bermain cam biasa. sian dia lemah jer nak jalan..selalunya aktif bkn main..siap2 lari2 lagi dlm umah tue..

Tuesday, April 6, 2010

**Kenapa perlu bertengkar??**


Haii..hari ni aku nak tulis sket tentang satu topik ni. Sebenaqnya dah banyak kali aku terbaca topik nih. Rasanya kat majalah2 pun selalu cite pasal nih. Topik ni aku baca dlm paper bertarikh 06/04/2010. BEST. Aku suka topik ni. Bg yang pernah baca o.k lah tu. Tambah pengetahuan. Bagi yang belum plak..jom kita kongsi sama2..jugak untuk kebaikan rumah tangga kita. Moga2 yang sedang berbahagia, akan bertambah la bahagia yer..

**Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Kita dah selalu dengar peumpamaan ni. Terutama sekali untuk pasangan yang dah berumah tangga. Jika tidak pernah berlaku pertengkaran, itu menandakan matinya emosi. Malah pertengkaran itu jugak ada manisnya. Sebenarnya pertelingkahan dlm rumah tangga itu membawa impak positif krn kadang kala ia boleh mengeratkan hubungan suami isteri. (sbb kerana pertengkaran ni jugak,kdg2 kita lebih mengenali pasangan kita kan??) Namun, itu bukan bermakna kita bersetuju pada setiap masa bahawa pertengkaran itu sbg tindakan yg bagus dalam perhubungan. Kalau boleh elak pertengkaran itu lagi bagus kan??tak makan hati..tak sakit hati..

Pertengkaran itu berlaku sebenarnya disebabkan oleh sesuatu yang tidak diingini telah dilakukan oleh pasangan kita. Macam tak puas hati la lebih kurang. Oleh itu, kita mengharapkan agar perkara yang tidak baik yg dilakukan oleh pasangan kita itu akan hilang.

Pertengkaran sebenarnya merupakan proses di mana pasangan suami isteri itu cuba untuk menyatukan cita, rasa, tujuan, keinginan dan cara hidup mengikut kehendak sendiri. Dalam proses tersebut, keengganan oleh satu pihak menyebabkan sebelah pihak lagi akan memendam perasaan. Apabila masing2 tidak puas hati lalu tercetuslah pertengkaran. Untuk proses tersebut, setiap pasangan perlu berbincang dan meluahkan isi hati masing2 bg meredakan permasalahan yg berlaku dalam hubungan mereka. Dalam permasalan ini suami isteri tidak seharusnya menyalahkan antara satu sama lain kerana akan mengeruhkan keadaan. Situasi akan menjadi lebih tegang apabila salah seorang mengungkit kelemahan pasangan.

Dalam sebuah rumah tangga, jika tidak berkenan dihati, luahkan dengan penuh diplomasi dan berikan contoh yang terbaik untuk dirinya berubah. Jangan kita anggap kita sentiasa berada dipihak yg betul, pastikan sama2 bekerjasama dan bertolak ansur dalam mengemudi alam perkahwinan semoga ia kekal sampai bila2. Terimalah pasangan seadanya..

p/s : Semoga rumah tangga kita akan sentiasa bahagia dan berada dibawah lindunganNya selalu. amin.

Monday, April 5, 2010

~Perlu Kamu~Ajai & Kris Dayanti

Saat ini ku cerita
Bisik hati segala rahsia
Aku rindu, aku perlu, hati kamu terukir namaku
Aku tahu, aku rindu, aku perlu
Mengenali kamu
Biar masa bercerita ku tetap kan bilang aku sayang
Ku sedari saat manis akan pergi
Biar aku ngerti kerna aku mahu kamu
Ku ulangi kau yakini hati ini
Kerna aku cinta kamu hari-hari
Aku kan menjadi hari
Kau mahukan
Cara hidup disayangi
Biar nyata aku setia
Janji kita tentunya berbeza
Maafkanlah salah kita
Biar benci kutetap disisi
Aku perlu, aku rindu..
Aku rindu, aku perlu dirimu..
Kerna ku kasih, kerna ku rindu..
aku perlu, aku rindu..
AKU KASIH KAMU..AKU RINDU KAMU..
AKU PERLU KAMU SEUMUR HIDUPKU..


Sunday, April 4, 2010

WANITA ITU CANTIK----<<@

ALLAH S.W.T berfirman didalam sebuah hadis Qudsi:

"Ketika aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun harus cukup lembut untuk memberi kenyamanan.."
"Aku memberikannya kekuatan dari dlm utk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak2 nya.."

"Aku memberikannya kekerasan utk membuatkannya ttp tegar ketika org lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dgn penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.."

"Aku memberikannya kepekaan untuk mencintai anak2nya dlm setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sgt menyakiti hatinya.."

"Aku memberikannya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalan dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untk melindungi hatinya.."

"Aku memberikannya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti hati isterinya, tetapi kekadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu.."

"Dan akhirnya, aku memberikannya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus milik wanita untuk digunakan bilapun ia diperlukan.."

"Kecantikannya seorang wanita itu bukanlah terletak pada pakaian yang dikenakannya, susuk yg ditampilkan atau bagaimana ia menyisir rambutnya.TETAPI Kecantikan seorang wanita itu harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada.."

ITULAH KECANTIKAN YANG ADA PADA WANITA. BERSYUKURLAH WAHAI KAUM HAWA, DENGAN KURNIAAN YANG MAHA PENCIPTA..
gambar hiasan>

Thursday, April 1, 2010

~Hujan oh Hujan~


Hujan petang ini telah mengingatkan aku pada suatu peristiwa yang pernah berlaku ke atas diriku pada 4 tahun yang lalu..selepas peristiwa itu berminggu2 diriku ini diselubungi mendung (bukan diselubungi misteri na..). Peristiwa tersebut benar2 berbekas dihatiku ini. Sehingga sekarang aku x boleh nak melupakan peristiwa tersebut dan Mungkin juga sampai bila2 aku tak dapat nak lupa, kerana itulah dugaan besar yang pernah aku lalui sebelum aku benar2 boleh jatuh cinta dengan si dia yang telah berjaya mencuri hati suci ini. Masih aku terasa penangan dari dugaan itu. Kecewa. Hancur jua harapan ku di saat itu. Tapi, aku tidak keseorangan. Mujurlah Yang Maha Pencipta itu mendengar rintihan hati ini. Diberikan olehNya petunjuk untuk aku membuat keputusan yang terbaik dan membahagiakan hidup ini...Terima Kasih Ya Allah. KepadaMu aku Menyembah dan kepadaMu jua aku berserah...

Wednesday, March 31, 2010

Permata hati ku...

Tanggal 7/10/2008 jam 1.30 tgh lahirlah seorang putera di Hospital Tuanku Fauziah Kangar. Secara outomatik aku telah bergelar mama n my hubby plak, dah jadi abah. excited sgt2 masa tu..yerla 1st time jadi parent.. cam mimpi jerk.

Tapi yang tu semua dah setahun lebih dah berlalu. Sedar2 sekarang anak mama dah nak menginjak ke usia 1 tahun 6 bln pada 7/4/2010 ni..dah cerdik pun my son. Dah boleh berlari pun. panjat memanjat x yah cakapla..mama plak yg jadi risau takut adik jatuh. adik pun dah pandai cakap walaupun baru lesen "L". tapi o.k lah kan. sekurang2 nya mama ngan abah paham. adik pun dah paham cket2 apa yang mama cakap. yang penting skali adik dan pandai panggil "mama" n "abah". rase seronok sgt bile dengar adik panggil..."mama".

Tak lama lagi Insyaallah, adik akan dapat baby baru. Mama tau adik x paham apa2 lagi kan sbb adik masih kecik. Tp, sekurang2 nya adik dah boleh cakap "baby". Ok lah tu kan?? siannn adik. tak sempat nak merasai sepuas-puasnya kasih syg mama ngan abah, tetiba x lama lagi dah nak berkongsi ngan "baby" baru plak. sedih jugak mama masa mula2 dapat perkabaran itu, sampai "gheyau" mama dibuatnya. Tapi bila renung2 balik. mungkin ada hikmahnya Allah mengurniakan rezeki ini untuk kita sekeluarga kan??mama redha..xpa. Mama janji ngan adik walau apa pun yang terjadi, kasih syg mama takkan berbelah bahagi. Tetap sama rata. Mama syg kedua-duanya. Adik jgn risau tauu..I LOVE U SO MUCH, DARLING. mmmuaaaahhh.

Adik, kadang2 dengan kepenatan dan keletihan mama bekerja seharian, terlepas juga kemarahan mama kat adik kan?? adik blm mengerti apa2 laa. Adik kecik lagi. mama yang silap. mama yang sepatutnya tunjuk dan ajar adik perkara yang baik atau x baik kan. mama mintak maaf sayang. mama tau adik jugak sayangkan mama kan?? Adik dah pandai appreciate mama, sbb bila mama bg susu kat adik. adik akan cakap "acih maama". Pastu, bila adik nak tido mlm2 adik mesti nangis, nak mama jugak yang "tanggokkan" adik sampai lena..mama terharu. huhuuuu.

Hopefully, suatu hari nanti anak mama; MUHAMMAD HAFIDZ DANIAL BIN NOR HISHAM akan menjadi seorang nak yang soleh, hormati org tua2 dan berjaya didunia dan akhirat. Mama ngan abah sentiasa doakan adik...KAMI SAYANG DANIAL.

AKU SEKEPING HATI

*****HATI. Istimewa sungguh Tuhan ciptakan aku untuk setiap hambaNya di alam semesta ini. Bangga aku dimiliki oleh mereka semua..sebab tanpa aku, mereka takkan dapat jalani kehidupan yang indah ini.

Aku seringkali digunakan setiap masa dan ketika, disaat mereka suka atau pun duka. Pabila mereka suka, aku mmg bahagia. Berbunga ceria. Gembira seadanya, tak terkata. Tapi, yg membuatkan aku kecewa, adalah disaat diri mereka dilanda gelora. Jiwa mereka menderita. Pabila manusia mula melukai sesama manusia, menyakiti antara mereka dan hidup mereka gundah gulana. Di saat ini, aku jadi remuk, hancur. Pedih sekali rasanya.

Kadang kala manusia menangis menggunakan aku, ketawa juga menggunakan aku malah ketika berbisik juga kadang kala mereka menggunakan aku. Banyak betol kegunaan aku. Kesian kan kat aku...

Bagi mereka yang ketawa menggunakan aku. Aku suka sebab tak sakit. Sbb aku juga boleh tumpang bahagia. Terima kasih ya, kalian. Tapi yang menangis menggunakan aku, oh tidak. Aku benci. Sakit dan pedih benar rasanya. Bila mereka menyakiti sesama sendiri, saling melukai antara satu sama lain. Aku juga merasakannya. Aku dicalar. Aku diguris. Aduhhhh, bagai dihiris2 diri aku ini. Sedih sekali. Tergamak mereka melukai aku..

Perasaan dengan aku pula mmg adik beradik. Bila perasan syg itu muncul, aku berbunga ceria. Tp, bila perasaan mula membenci, mgkn aku plak yg dipersalah kan. Padahal aku tak mengerti apa2. Aku mengikut sahaja. Kadang kala perasaan selalu memujuk untuk cuba melupakan kelukaan, tapi aku??Ahhhh, tidak. Sukar untuk aku sembuh akibat luka itu. Sangat dalam. Perit sekali. Parutnya masih berbekas. Sekali sekali berdarah kembali. Itu yg membuatkan aku selalu menangis dan meronta2. Biarpun di luar, pemilikku nampak ceria sentiasa tp, didalam aku saja yang tahuu. Uwwaaaaaaaaaa... Itulah aku.Hanya Sekeping Hati.

Thursday, March 25, 2010

**gila-gila remaja**

Salam...mmm,semalam sapa tgk ade cita best kat astro prima. Filem GILA-GILA REMAJA. Bagi aku la best cita tu. Bg org len x tau ler..walaupun dah banyak kali aku tgk cita tu tp, tak penah rasa jemu. best la..ade contoh yang baik. ade jugak yg x brp baik. Yang x brp baik tu biasala. Nampak sgt budak2 remaja dalam cita nie "honaq" benar. Belah utara ja kot yg paham perkataan tu. Kalu belah2 sana nun, "honaq" tu nakal la..mmg nakal...dan yang baiknya plak sikap "kekawanan" yang akrab tu. kawan2 sentiasa bersama walau dalam keadaan susah atau senang..tu yang patut budak2 sekarang amalkan..bukannya xdak langsung yang camtu skrg ni; tp masih ada la segelintir budak2 remaja zaman sekarang yg hanya memerlukan kawan waktu susah jerk. bila waktu senang enjoyy. Lupa trus kawan2. x baik lah camtukan??..biarlah susah ke senang ke..kita sentiasa ngan kawan2. kongsi suka duka bersama. sbb tu lah ade pepatah "berat sama dipikul, ringan sama dijinjing"..kan elok camtu.
Unsur pengorbanan pun ade jugak lam cita tue. Pengorbanan seorang kawan ngan pengorbanan seorang kekasih..Wowww, yang lagi best tue cita ni sbb ade lagu yang paling aku suka. alaa..lagu tu la."Gila-Gila Remaja" ke? ntah aku x brp nak alert la tajuk lagu tu. Kalu melodi dia aku ingat sgt la. Lagu tu didendangkan oleh kazarudin (bomoh lam cita susuk tu). Actually lagu tu jugak merupakan lagu tema kisah cinta aku tue. Siap buat ringtone talipon lagi masa tu. Masa tu lam tahun 2005. Masih tersimpan rapi dalam ingatan ku ini saat2 indah itu. Fisrt date kami, btol2 kena ngan tarikh besday aku. Kebetulan je tu. Tak dirancang pun. Adiah yg dia bg kat aku tu pun masih ade lagi. Walaupun aku tau x mahai, tp so meaningful laa. Ada lagi aku simpan. Thanx sayang(sempat lagi tue).hihii. HAdoooiiii, kenangan mengusik jiwa btol la. kellllassssssss x kawan2 ku???hehehee..

Wednesday, March 24, 2010

Setiap pasangan yang saling kasih mengasihi,saling sayang menyayangi dan lain2 lagi yang ada saling2 ni mesti nak kebahagiaan yang berkekalan kan...tp, x mustahil jugak dalam nak mencapai kebahagiaan tu ade jugak disulami dugaan dan ujian..maklumlah kita insan biasa.Kadang2 terguris, terluka atau mengguris, melukai.btoi ka dak ayat aku ni??huhuuu...tp..kebahagiaan td ade banyak tafsiran.ada yang nak bahagia ngan harta benda, ada jugak yang rase bahagia dengan paras rupa pasangan...dan ade satu soalan yang bunyi nya lebih kurang cam ni laaa "mmm, memandangkan syg dah tolong abg,syg cakapla syg nak apa??abg nak belikan.cakap jer.." jawapannye plak camni,.."syg x nak apa2la.cukup la bg kat syg satu jer...kebahagiaan dihati sbb yang tu ja yang paling bermakna sekali. kalau ade duit setinggi bukit pun,kalu ade paras rupa yang elok sekali pun takkan ada apa2 makna kalau hati sering disakiti, jiwa sering dilukai, dan diri selaaalu je menderita. Harta benda bukan boleh beli sebuah kebahagiaan yang hakiki..mm,btol jugakkan.kalau susah hati, bagilah intan permata sekali pun...xdak mood nak terima.hahaha.btoi kaaa???jgn depan lain blkg plak lagu lain.tp tu lah, lain org lain lain plak caranye. bukan semua manusia mempunyai "taste" yang sama kan....????

Monday, March 22, 2010

Hahaha..nie fist time aku cuba nak berblog nih..actually dah banyak kali dah dok try nie,tp ntah rase cam xder mood lak. tp,kali ni Insyaallah menjadi kot...kita tgklah camana nanti. Kita tgk la pena akan trus menari atau nak berhenti kat tengah jalan...ishhh,btoi ka pena??tp,nak taip ni bukan guna pena pun. taip guna keyboard n jari jemari jer...mmmm, xpe la.kire o.k la kot!!tp, apa yg penting idea mau bercambah. kalu idak yang tu yg dok buat "hang" tgh jalan tuh..kawan2 pun dah x sabaq nak komen kat blog aku nih!!!excited lak depa.lebih dari aku la plakkk..depa xpa la dah expert dah. tinggai aku kat blakang. tp,xpe at least aku nak jugak blajaq dak?dari x mencuba langsung, x best jugak..btw tq my frens..sama2 la kita berblog ekkk...jgn ler gelak kalu rase2 cam ade yg kurang jerk kat blog aku nih..nak tegoq xpa..sekian dulu yer!!!jmpa lagi..