Wednesday, March 31, 2010

AKU SEKEPING HATI

*****HATI. Istimewa sungguh Tuhan ciptakan aku untuk setiap hambaNya di alam semesta ini. Bangga aku dimiliki oleh mereka semua..sebab tanpa aku, mereka takkan dapat jalani kehidupan yang indah ini.

Aku seringkali digunakan setiap masa dan ketika, disaat mereka suka atau pun duka. Pabila mereka suka, aku mmg bahagia. Berbunga ceria. Gembira seadanya, tak terkata. Tapi, yg membuatkan aku kecewa, adalah disaat diri mereka dilanda gelora. Jiwa mereka menderita. Pabila manusia mula melukai sesama manusia, menyakiti antara mereka dan hidup mereka gundah gulana. Di saat ini, aku jadi remuk, hancur. Pedih sekali rasanya.

Kadang kala manusia menangis menggunakan aku, ketawa juga menggunakan aku malah ketika berbisik juga kadang kala mereka menggunakan aku. Banyak betol kegunaan aku. Kesian kan kat aku...

Bagi mereka yang ketawa menggunakan aku. Aku suka sebab tak sakit. Sbb aku juga boleh tumpang bahagia. Terima kasih ya, kalian. Tapi yang menangis menggunakan aku, oh tidak. Aku benci. Sakit dan pedih benar rasanya. Bila mereka menyakiti sesama sendiri, saling melukai antara satu sama lain. Aku juga merasakannya. Aku dicalar. Aku diguris. Aduhhhh, bagai dihiris2 diri aku ini. Sedih sekali. Tergamak mereka melukai aku..

Perasaan dengan aku pula mmg adik beradik. Bila perasan syg itu muncul, aku berbunga ceria. Tp, bila perasaan mula membenci, mgkn aku plak yg dipersalah kan. Padahal aku tak mengerti apa2. Aku mengikut sahaja. Kadang kala perasaan selalu memujuk untuk cuba melupakan kelukaan, tapi aku??Ahhhh, tidak. Sukar untuk aku sembuh akibat luka itu. Sangat dalam. Perit sekali. Parutnya masih berbekas. Sekali sekali berdarah kembali. Itu yg membuatkan aku selalu menangis dan meronta2. Biarpun di luar, pemilikku nampak ceria sentiasa tp, didalam aku saja yang tahuu. Uwwaaaaaaaaaa... Itulah aku.Hanya Sekeping Hati.

2 comments: