Wednesday, April 7, 2010

Kuasa Tuhan...

Sedih plak rasa hari ni...
Pagi2 lagi aku dah dapat berita yang mak saudara aku kehilangan insan tersayang. Makcik aku telah kehilangan seorang lagi baby yang dijangka lahir pada hujung bulan Ogos nnti..makcik aku melahirkan baby tu normal awal pg td, cuma baby tu x dapat diselamatkan sbb baru 5 bulan usia kandungannya..termasuk yang ni dah 3 kali makcik aku keguguran. Dua yang terdahulu baby girl, masing2 4 bln dengan 6 bulan. yang kali ni plak baby boy, 5 bulan. ..hmm,sedih kannn...aku dapat merasai bagaimana perasaan makcik aku n famili dia. Walaupun arwah baby tu blm sempat dijaga dan diasuh tp, dia sempat tumpang berteduh di dalam perut ibunya kan??huuhuu. sedihnye laaa..tapi, nak buat camana?? semua tu telah ditetapkan oleh DIA Yang Maha Esa. Kita hanya merancang Dia yang menentukan segala2nya..Mungkin ada hikmah disebaliknya. DIA yang lebih tahu..

~Untuk makcik~
Bersabarlah banyak2..mungkin ada himahnya disebalik semua ini..mungkin sudah ditakdirkan untuk kita hambaNya, ini yang terbaik..alhamdulillah, ketiga2 kehilangan tu, menunggu makcik dan pakcik di syurga..Ketiga2 nya ahli syurga..Berbahagialah bersama2 dengan 3 lagi cahaya mata makcik yang comel2 dan sihat disamping suami tercinta. Seandainya, masih ade rezki untuk makcik melahirkan zuriat suatu hari nanti, itu juga takdirNya...

1 comment:

  1. Tuhan lebih sayangkan dia..
    Harap ibu bapanya kuat semangat untuk teruskan kehidupan ini..

    ReplyDelete