Tuesday, April 6, 2010

**Kenapa perlu bertengkar??**


Haii..hari ni aku nak tulis sket tentang satu topik ni. Sebenaqnya dah banyak kali aku terbaca topik nih. Rasanya kat majalah2 pun selalu cite pasal nih. Topik ni aku baca dlm paper bertarikh 06/04/2010. BEST. Aku suka topik ni. Bg yang pernah baca o.k lah tu. Tambah pengetahuan. Bagi yang belum plak..jom kita kongsi sama2..jugak untuk kebaikan rumah tangga kita. Moga2 yang sedang berbahagia, akan bertambah la bahagia yer..

**Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Kita dah selalu dengar peumpamaan ni. Terutama sekali untuk pasangan yang dah berumah tangga. Jika tidak pernah berlaku pertengkaran, itu menandakan matinya emosi. Malah pertengkaran itu jugak ada manisnya. Sebenarnya pertelingkahan dlm rumah tangga itu membawa impak positif krn kadang kala ia boleh mengeratkan hubungan suami isteri. (sbb kerana pertengkaran ni jugak,kdg2 kita lebih mengenali pasangan kita kan??) Namun, itu bukan bermakna kita bersetuju pada setiap masa bahawa pertengkaran itu sbg tindakan yg bagus dalam perhubungan. Kalau boleh elak pertengkaran itu lagi bagus kan??tak makan hati..tak sakit hati..

Pertengkaran itu berlaku sebenarnya disebabkan oleh sesuatu yang tidak diingini telah dilakukan oleh pasangan kita. Macam tak puas hati la lebih kurang. Oleh itu, kita mengharapkan agar perkara yang tidak baik yg dilakukan oleh pasangan kita itu akan hilang.

Pertengkaran sebenarnya merupakan proses di mana pasangan suami isteri itu cuba untuk menyatukan cita, rasa, tujuan, keinginan dan cara hidup mengikut kehendak sendiri. Dalam proses tersebut, keengganan oleh satu pihak menyebabkan sebelah pihak lagi akan memendam perasaan. Apabila masing2 tidak puas hati lalu tercetuslah pertengkaran. Untuk proses tersebut, setiap pasangan perlu berbincang dan meluahkan isi hati masing2 bg meredakan permasalahan yg berlaku dalam hubungan mereka. Dalam permasalan ini suami isteri tidak seharusnya menyalahkan antara satu sama lain kerana akan mengeruhkan keadaan. Situasi akan menjadi lebih tegang apabila salah seorang mengungkit kelemahan pasangan.

Dalam sebuah rumah tangga, jika tidak berkenan dihati, luahkan dengan penuh diplomasi dan berikan contoh yang terbaik untuk dirinya berubah. Jangan kita anggap kita sentiasa berada dipihak yg betul, pastikan sama2 bekerjasama dan bertolak ansur dalam mengemudi alam perkahwinan semoga ia kekal sampai bila2. Terimalah pasangan seadanya..

p/s : Semoga rumah tangga kita akan sentiasa bahagia dan berada dibawah lindunganNya selalu. amin.

3 comments:

  1. Itulah asam garam kehidupan..
    Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya
    tak perlukah kekerasan
    ambil masa yang sesuai duduk berbincang
    kadang2 puncanya cuma salah faham jer..
    Sayanglah andai mahligai yang dibina atas dasar cinta runtuh kerana hal yang remeh.

    ReplyDelete
  2. B'bincang itulah p'kara yg plg baik skali..jgn salahkan psangan masg2..ambk masa tuk bincang apa sebenarnya msalah & leraikan stp maslah itu dgn sebaiknya...smg puan bahgia slalu...Amin..

    ReplyDelete
  3. terima kasih di atas komen yang diberikan. moga2 kita dapat membina keluarga yang bahagia..

    ReplyDelete