Wednesday, March 31, 2010

Permata hati ku...

Tanggal 7/10/2008 jam 1.30 tgh lahirlah seorang putera di Hospital Tuanku Fauziah Kangar. Secara outomatik aku telah bergelar mama n my hubby plak, dah jadi abah. excited sgt2 masa tu..yerla 1st time jadi parent.. cam mimpi jerk.

Tapi yang tu semua dah setahun lebih dah berlalu. Sedar2 sekarang anak mama dah nak menginjak ke usia 1 tahun 6 bln pada 7/4/2010 ni..dah cerdik pun my son. Dah boleh berlari pun. panjat memanjat x yah cakapla..mama plak yg jadi risau takut adik jatuh. adik pun dah pandai cakap walaupun baru lesen "L". tapi o.k lah kan. sekurang2 nya mama ngan abah paham. adik pun dah paham cket2 apa yang mama cakap. yang penting skali adik dan pandai panggil "mama" n "abah". rase seronok sgt bile dengar adik panggil..."mama".

Tak lama lagi Insyaallah, adik akan dapat baby baru. Mama tau adik x paham apa2 lagi kan sbb adik masih kecik. Tp, sekurang2 nya adik dah boleh cakap "baby". Ok lah tu kan?? siannn adik. tak sempat nak merasai sepuas-puasnya kasih syg mama ngan abah, tetiba x lama lagi dah nak berkongsi ngan "baby" baru plak. sedih jugak mama masa mula2 dapat perkabaran itu, sampai "gheyau" mama dibuatnya. Tapi bila renung2 balik. mungkin ada hikmahnya Allah mengurniakan rezeki ini untuk kita sekeluarga kan??mama redha..xpa. Mama janji ngan adik walau apa pun yang terjadi, kasih syg mama takkan berbelah bahagi. Tetap sama rata. Mama syg kedua-duanya. Adik jgn risau tauu..I LOVE U SO MUCH, DARLING. mmmuaaaahhh.

Adik, kadang2 dengan kepenatan dan keletihan mama bekerja seharian, terlepas juga kemarahan mama kat adik kan?? adik blm mengerti apa2 laa. Adik kecik lagi. mama yang silap. mama yang sepatutnya tunjuk dan ajar adik perkara yang baik atau x baik kan. mama mintak maaf sayang. mama tau adik jugak sayangkan mama kan?? Adik dah pandai appreciate mama, sbb bila mama bg susu kat adik. adik akan cakap "acih maama". Pastu, bila adik nak tido mlm2 adik mesti nangis, nak mama jugak yang "tanggokkan" adik sampai lena..mama terharu. huhuuuu.

Hopefully, suatu hari nanti anak mama; MUHAMMAD HAFIDZ DANIAL BIN NOR HISHAM akan menjadi seorang nak yang soleh, hormati org tua2 dan berjaya didunia dan akhirat. Mama ngan abah sentiasa doakan adik...KAMI SAYANG DANIAL.

AKU SEKEPING HATI

*****HATI. Istimewa sungguh Tuhan ciptakan aku untuk setiap hambaNya di alam semesta ini. Bangga aku dimiliki oleh mereka semua..sebab tanpa aku, mereka takkan dapat jalani kehidupan yang indah ini.

Aku seringkali digunakan setiap masa dan ketika, disaat mereka suka atau pun duka. Pabila mereka suka, aku mmg bahagia. Berbunga ceria. Gembira seadanya, tak terkata. Tapi, yg membuatkan aku kecewa, adalah disaat diri mereka dilanda gelora. Jiwa mereka menderita. Pabila manusia mula melukai sesama manusia, menyakiti antara mereka dan hidup mereka gundah gulana. Di saat ini, aku jadi remuk, hancur. Pedih sekali rasanya.

Kadang kala manusia menangis menggunakan aku, ketawa juga menggunakan aku malah ketika berbisik juga kadang kala mereka menggunakan aku. Banyak betol kegunaan aku. Kesian kan kat aku...

Bagi mereka yang ketawa menggunakan aku. Aku suka sebab tak sakit. Sbb aku juga boleh tumpang bahagia. Terima kasih ya, kalian. Tapi yang menangis menggunakan aku, oh tidak. Aku benci. Sakit dan pedih benar rasanya. Bila mereka menyakiti sesama sendiri, saling melukai antara satu sama lain. Aku juga merasakannya. Aku dicalar. Aku diguris. Aduhhhh, bagai dihiris2 diri aku ini. Sedih sekali. Tergamak mereka melukai aku..

Perasaan dengan aku pula mmg adik beradik. Bila perasan syg itu muncul, aku berbunga ceria. Tp, bila perasaan mula membenci, mgkn aku plak yg dipersalah kan. Padahal aku tak mengerti apa2. Aku mengikut sahaja. Kadang kala perasaan selalu memujuk untuk cuba melupakan kelukaan, tapi aku??Ahhhh, tidak. Sukar untuk aku sembuh akibat luka itu. Sangat dalam. Perit sekali. Parutnya masih berbekas. Sekali sekali berdarah kembali. Itu yg membuatkan aku selalu menangis dan meronta2. Biarpun di luar, pemilikku nampak ceria sentiasa tp, didalam aku saja yang tahuu. Uwwaaaaaaaaaa... Itulah aku.Hanya Sekeping Hati.

Thursday, March 25, 2010

**gila-gila remaja**

Salam...mmm,semalam sapa tgk ade cita best kat astro prima. Filem GILA-GILA REMAJA. Bagi aku la best cita tu. Bg org len x tau ler..walaupun dah banyak kali aku tgk cita tu tp, tak penah rasa jemu. best la..ade contoh yang baik. ade jugak yg x brp baik. Yang x brp baik tu biasala. Nampak sgt budak2 remaja dalam cita nie "honaq" benar. Belah utara ja kot yg paham perkataan tu. Kalu belah2 sana nun, "honaq" tu nakal la..mmg nakal...dan yang baiknya plak sikap "kekawanan" yang akrab tu. kawan2 sentiasa bersama walau dalam keadaan susah atau senang..tu yang patut budak2 sekarang amalkan..bukannya xdak langsung yang camtu skrg ni; tp masih ada la segelintir budak2 remaja zaman sekarang yg hanya memerlukan kawan waktu susah jerk. bila waktu senang enjoyy. Lupa trus kawan2. x baik lah camtukan??..biarlah susah ke senang ke..kita sentiasa ngan kawan2. kongsi suka duka bersama. sbb tu lah ade pepatah "berat sama dipikul, ringan sama dijinjing"..kan elok camtu.
Unsur pengorbanan pun ade jugak lam cita tue. Pengorbanan seorang kawan ngan pengorbanan seorang kekasih..Wowww, yang lagi best tue cita ni sbb ade lagu yang paling aku suka. alaa..lagu tu la."Gila-Gila Remaja" ke? ntah aku x brp nak alert la tajuk lagu tu. Kalu melodi dia aku ingat sgt la. Lagu tu didendangkan oleh kazarudin (bomoh lam cita susuk tu). Actually lagu tu jugak merupakan lagu tema kisah cinta aku tue. Siap buat ringtone talipon lagi masa tu. Masa tu lam tahun 2005. Masih tersimpan rapi dalam ingatan ku ini saat2 indah itu. Fisrt date kami, btol2 kena ngan tarikh besday aku. Kebetulan je tu. Tak dirancang pun. Adiah yg dia bg kat aku tu pun masih ade lagi. Walaupun aku tau x mahai, tp so meaningful laa. Ada lagi aku simpan. Thanx sayang(sempat lagi tue).hihii. HAdoooiiii, kenangan mengusik jiwa btol la. kellllassssssss x kawan2 ku???hehehee..

Wednesday, March 24, 2010

Setiap pasangan yang saling kasih mengasihi,saling sayang menyayangi dan lain2 lagi yang ada saling2 ni mesti nak kebahagiaan yang berkekalan kan...tp, x mustahil jugak dalam nak mencapai kebahagiaan tu ade jugak disulami dugaan dan ujian..maklumlah kita insan biasa.Kadang2 terguris, terluka atau mengguris, melukai.btoi ka dak ayat aku ni??huhuuu...tp..kebahagiaan td ade banyak tafsiran.ada yang nak bahagia ngan harta benda, ada jugak yang rase bahagia dengan paras rupa pasangan...dan ade satu soalan yang bunyi nya lebih kurang cam ni laaa "mmm, memandangkan syg dah tolong abg,syg cakapla syg nak apa??abg nak belikan.cakap jer.." jawapannye plak camni,.."syg x nak apa2la.cukup la bg kat syg satu jer...kebahagiaan dihati sbb yang tu ja yang paling bermakna sekali. kalau ade duit setinggi bukit pun,kalu ade paras rupa yang elok sekali pun takkan ada apa2 makna kalau hati sering disakiti, jiwa sering dilukai, dan diri selaaalu je menderita. Harta benda bukan boleh beli sebuah kebahagiaan yang hakiki..mm,btol jugakkan.kalau susah hati, bagilah intan permata sekali pun...xdak mood nak terima.hahaha.btoi kaaa???jgn depan lain blkg plak lagu lain.tp tu lah, lain org lain lain plak caranye. bukan semua manusia mempunyai "taste" yang sama kan....????

Monday, March 22, 2010

Hahaha..nie fist time aku cuba nak berblog nih..actually dah banyak kali dah dok try nie,tp ntah rase cam xder mood lak. tp,kali ni Insyaallah menjadi kot...kita tgklah camana nanti. Kita tgk la pena akan trus menari atau nak berhenti kat tengah jalan...ishhh,btoi ka pena??tp,nak taip ni bukan guna pena pun. taip guna keyboard n jari jemari jer...mmmm, xpe la.kire o.k la kot!!tp, apa yg penting idea mau bercambah. kalu idak yang tu yg dok buat "hang" tgh jalan tuh..kawan2 pun dah x sabaq nak komen kat blog aku nih!!!excited lak depa.lebih dari aku la plakkk..depa xpa la dah expert dah. tinggai aku kat blakang. tp,xpe at least aku nak jugak blajaq dak?dari x mencuba langsung, x best jugak..btw tq my frens..sama2 la kita berblog ekkk...jgn ler gelak kalu rase2 cam ade yg kurang jerk kat blog aku nih..nak tegoq xpa..sekian dulu yer!!!jmpa lagi..